Pages

Bilangan Pelawat

Saturday 12 November 2011

Di Manakah Silapnya???

PENGENALAN:

Daerah Mengundi Kinarut yang terletak dalam kawasan DUN N.21 Kawang (Parlimen P.175) mempunyai sebanyak 4 lokaliti dengan jumlah pengundi berdaftar seramai 2,361orang.  Majoriti penduduk/pengundinya terdiri daripada Bumiputera (suku kaum Bajau tempatan/pelarian Filipina dan Cina) rata-ratanya pengundi tetap di kawasan tersebut. Sumber ekonomi merekaberpunca daripada hasil pekerjaan : nelayan - 60% petani - 15% , peniaga - 10%, 10% kakitangan awam/swasta dan lain-lain 5%.

Kumpulan ini tidak akan menyentuh isu PATI yang sudah menjadi isu tempatan, negeri dan nasional yang berterusan. Isu-isu pembangunan, pengangguran, bantuan kebajikan terus menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan penduduk setempat yang secara tidak langsung mengaitkan isu berkenaan dengan pucuk kepimpinan parti dan wakil-wakil rakyat (ADUN dan Ahli Parlimen) masakini.

SENARIO:

Sumber terkini yang kami perolehi, isu pembangunan seperti membaikpulih jambatan, jeti, parit dan jalanraya, bekalan air; sementara isu kebajikan dan pengangguran di kalangan belia yang masih terus hangat diperbualkan menjadi fokus pembentangan kumpulan kami.

PENYELESAIAN:

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin selaku Ahli Parlimen Papar telah mengambil tindakan sewajarnya terhadap isu-isu di atas. Contohnya: Pejabat Parlimen Papar telah menyalurkan sejumlah peruntukan di kawasan DM Kinarut bagi menyelesaikan masalah-masalah di atas (rujuk paparan gambar).


KESIMPULAN:
Sebagai manusia biasa, YB Rosnah selaku wakil rakyat tidak mampu memuaskan hati setiap individu/kumpulan yang terbabit sepenuhnya. Walau bagaimanapun, beliau akan terus memberikan khidmat yang terbaik untuk masyarakat/pengundi di kawasan berkenaan, walaupun seringkali menerima pelbagai respons pro dan kontra.

Bagi isu pengangguran di kalangan belia, disarankan seminar/kursus kerjaya: penubuhan koperasi, bengkel-bengkel kemahiran dan sebagainya.

Kumpulan ini mencadangkan agar YB Datuk Rosnah akan sentiasa turun padang khususnya di DM Kinarut ini dan kawasan Parlimen Papar ini amnya bagi menyelesaikan isu-isu yang masih belum selesai. Sudah sampai masanya warga kerja di Pejabat Parlimen Papar bergerak pro aktif ke seluruh DM di kawasan Papar bagi mendapatkan maklumat dari sekarang sebagai persiapan menghadapi PRU 13 akan datang.

No comments:

Post a Comment