Pages

Bilangan Pelawat

Saturday 12 November 2011

ISU LEMBU NFC

LATAR BELAKANG:
Matlamat utama perlaksanaan National Feedlot Corporation (NFC) - Pusat Fidlot Nasional (PFN) adalah untuk mewujudkan sistem pengeluaran daging lembu fidlot secara komersil sepanjang rantaian nilai (value chain) bagi meningkatkan pengeluaran daging Negara. Bagi merealisasikan perlaksanaan program ini, kerajaan telah menjemput beberapa syarikat untuk membentangkan cadangan projek ini. Hanya 6 buah syarikat yang membentangkan projek kepada Jawatankuasa Pemilihan Syarikat Peneraju Bagi Projek PFN yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pada 25 September 2006.

Jawatankuasa ini telah bersetuju memilih dua syarikat untuk melaksanakan projek ini, tetapi salah satu dari syarikat tersebut telah menarik diri. Syarikat Agroscience Industries, yang menubuhkan National Feedlot Corporation Sdn Bhd sebagai integrator (di mana kerajaan memegang saham Golden Share), telah diberi tugas melaksanakan projek ini.

Pada 14 Ogos 2007, Kementerian Kewangan telah meluluskan pinjaman mudah berjumlah RM 250 juta kepada syarikat berkenaan untuk mempercepatkan pembangunan dan persediaan bukan sahaja untuk syarikat ini, tetapi untuk segala infrastruktur komersil sepanjang rantaian nilai (value chain) untuk membolehkan pembangunan ‘Entrepreneur Development Program’ - Program Pembangunan Keusahawananyang akan melibatkan 310 peladang dan penternak di seluruh negara. 

Di antara penggunaan pinjaman tersebut adalah:
  • Pembangunan infrastruktur ternakan seperti kandang, kilang, makmal dan sebagainya yang boleh menampung keperluan keseluruhan projek ini
  • Memenuhi konsep pembangunan PFN yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Integrator PFN meliputi rangkaian pengeluaran, pemprosesan, pemasaran dan bekalan input secara bersepadu serta membangunkan peladang kontrak iaitu lading satelit dengan bertindak sebagai integrator
  • Membina kemampuan dari aspek pemasaran, perancangan operasi, kewangan, perancangan organisasi dan pengurusan sumber manusia
  • Menjanakan kapasiti membangunkan industri pedaging negara dari aspek penghasilan produk termasuk hasil hilirannya, membawa dan mengadaptasikan teknologi penghasilan ternakan, menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam system pengeluaran dan juga pemprosesan, dan melaksanakan pemindahan teknologi baru dalam pengeluaran ternakan rangkaian PFN.

SENARIO: 
Pihak media pro-pembangkang terutama online dan Twitter / Facebook dan pemimpin pembangkang mengkaitkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan kesemua isu-isu NFC kerana suami beliau Dato Sri Dr Mohamad Salleh Ismail adalah Pengerusi Eksekutif kepada NFC dan anak-anak beliau bertugas di NFC.

AGENDA POLITIK PEMBANGKANG:

Sindiran bahawa RM250 juta diberi percuma kepada Dato Sri Shahrizat dan keluarga.
Tuduhan bahawa Pusat Fidlot Nasional gagal mencapai matlamat. Pembangkang menyalahgunakan fakta dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Dato Sri Shahrizat dikaitkan kepada kesemuanya.

KESIMPULAN:

Kumpulan kami yang diberi tugasan membincangkan isu ini mendapati bahawa Isu Lembu NFC ini sebenarnya hanya menarik dan panas diperkatakan ramai sebilangan besar masyarakat/rakyat di Semenanjung, terutamanya golongan penyokong parti-parti pembangkang (PKR) sementara di Sabah dan Sarawak hanya diikuti oleh segelintir kecil sahaja golongan pembaca akhbar media cetak, letronik dan media alternatif/maya. yang tertarik dan meminatinya. Walau apapun, pihak Kerajaan Barisan Nasional harus memandang serius dan menangani serta menyelesaikannya secepat mungkin kerana gagal menyelesaikan isu ini akan terus dieksploitasi oleh pihak pembangkang sebagai modal menjelang PRU13 dan rakyat yang keliru akan terus mempercayai fakta palsu yang disebarkan.

1 comment:

  1. PEMBERI MAKLUMAT NFC CURI RM2.7 JUTA?

    Isu ini semakin menarik perhatian ramai dengan perkembangan/pendedahan terkini maklumat mengenainya oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali. BEKAS pekerja Fidlot Nasional Corporation (NFCorp) yang dikatakan membocorkan rekod kewangan syarikat ternakan lembu tersebut telah dipecat, kata Datuk Ibrahim Ali, ekoran kesalahan mencuri sejumlah RM2.7 juta wang tunai dan akan didakwa bagi kesalahannya di mahkamah tidak lama lagi.

    Menurut Datuk Ibrahim, eksekutif pemasaran 'Bukan Melayu' itu bertanggungjawab membuat kutipan pembayaran daripada pelanggan NFC dan telah melarikan wang berjumlah antara RM10,000 dan RM20,000 sehari sebelum ditangkap oleh akauntan syarikat terbabit.

    Pengerusi NFCorp, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail kemudiannya membuat laporan polis dan memecat pekerjanya itu.

    "Perkara itu berlaku sebelum ini apabila Datuk Salleh mempunyai dua pekerja bukan Melayu. Mereka menguruskan RM150,000 wang tunai setiap hari. Salah seorang daripada mereka kemudiannya melarikan wang berkenaan," jelas Ibrahim kepada pemberita di Hotel Putra, Kuala Lumpur.

    Tambahnya lagi, pekerja berkenaan kemudiannya mencuri buku tunai syarikat terbabit untuk tujuan membalas dendam dan menjualnya kepada PKR, yang menyaksikan skandal berterusan dalam NFCorp.

    Eksekutif itu akan dikenakan tuduhan di mahkamah kerana mencuri wang syarikat, jelas Ibrahim.

    Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa ini berkata demikian selepas perjumpaan bersama Salleh dan 11 NGO berhubung isu NFCorp.

    Menurut Ibrahim, buku rekod tunai yang diberikan kepada PKR itu hanyalah sebahagian daripada 'cerita sebenar' dan di dalamnya tidak dinyatakan dengan terperinci butiran perbelanjaan syarikat berkenaan.

    Ibrahim bagaimanapun menegaskan, dirinya tidak menyebelahi mana-mana pihak, sebaliknya hanya menunggu keputusan laporan dan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan anggota polis terhadap akaun NFCorp.

    Skandal NFC telah menjadi topik hangat tahun lepas apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 menyatakan terdapatnya kecelaruan terhadap projek ternakan lembu yang diuruskan keluarga Shahrizat itu.

    Semenjak itu, beberapa siri pendedahan telah dibuat PKR, termasuk pembelian dua unit kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur, ditambah satu lagi kondo mewah di Singapura dan pertuduhan menggunakan dana berkenaan untuk kegunaan peribadi keluarganya.

    PKR turut mendakwa keluarga Shahrizat menggunakan hampir RM600,000 daripada dana NFC untuk membayar hutang kad kredit mereka pada 2009.

    Namun demikian, pentadbiran NFC menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan perbelanjaan kad kredit tersebut digunakan hanya untuk tujuan perniagaan.

    NFC turut menafikan dakwaan dan tuduhan dana RM250 juta itu dimasukkan ke dalam akaun mereka sebelum perjanjian pinjaman berkenaan ditandatangani.

    Sumber: Sabahkini

    ReplyDelete